Sunday, January 29, 2012

my driving experience of long journey.

semalam aku cuba untuk mencabar keberanian aku untuk drive from kajang to sabak bernam yang ambik masa lebih kurang 2 jam setengah masa perjalanan. actually, yang tu lah first time aku drive jauh2 ni. sebelum ni paling 
jauh aku drive pun sampai serdang yang tu pun aku boleh sesat walaupun dah beratus2 kali aku jadi penumpang lalu jalan nak pergi serdang sebab aku ni kalau naik kereta aku terus tidor, tak pun aku berkhayal memerhatikan 
keindahan ciptaan Allah. haha

aku balik kampung sebenarnya nak hantar balik nenek aku sebab nak amik sumbangan kerajaan yang Rm 500 tu. lagipun nenek aku dah rindu dekat kampung. So, sebagai cucu yang pernah dibela oleh nenek aku waktu aku kecik2 dulu, aku beranikan diri drive balik kampung tapi dengan mak dan kakak aku lah sebab bapak aku kerja. lagipun macam aku cakap tadi aku bukan ingat sangat jalan, kalau jalan nak sesat tu aku expert la. haha.

with the guide and reminder from my sister and mother, aku berjaya jugak sampai kat kampung aku sabak bernam yang bersempadan dengan perak tu. Alhamdulillah takde accident dan kemalangan jiwa berlaku. mana tak nya aku bawak pun slow je, 80-90km/h paling laju. hampeh. haha. tapi kira okay lah tu remaja yang baru dapat lesen L. I REPEAT LESEN L. kalau korang nak tau orang yang ada lesen L ni sepatutnya tak boleh drive kalau takde instructor ataupun guru memandu. tapi apa aku kesah kan. haha. padahal aku cuak gak bila terserempak dengan polis yang tengah buat road block dekat jalan kat Kuala Selangor tapi aku buat muka bapak orang dengan selambanya aku senyum dekat pak polisi itu. aku lepas sebab polis tu pun ingat aku ni bapak orang yang hensem. haha.

bila dah sampai destinasi, aku pun tinggalkan mak dan kakak aku kat rumah nenek sebab dorang nak rehat. kemudian, aku dan cousin aku hafiz temankan nenek ambik duit dekat Bagan Nakhoda Omar dekat dengan pantai. cool gila. lepas dah ambik duit nenek aku nak belanja makan mee udang special dekat restoran tepi pantai tu. Mee udang kat situ sumpah sedap, suasana dia pun best dengan angin yang sepoi2 bahasa diikuti dengan bunyi paluan ombak yang menenangkan. mana nak dapat kat kajang. haha. terbaik

lepas dah melantak, kitorang pun chow balik rumah nenek. I met all my uncles and aunties. tapi dorang tak percaya dan terkejut yang aku ni rupanya dah habis spm. ada ke diorang ingat aku baru dalam lingkungan tingkatan 1-3. aku tau lah muka aku nampak muda. nak tau rahsianya? shave lah misai dan janggut selalu. haha.

lepas sembang dan solat jamak, aku dan family pun chow dari kampung sebab esoknya ada urusan kerja. aku jugak yang kene drive tapi nasib baik ada highway baru nama nya LATAR jimat lah masa sikit. bila balik gua layan AJL. tahniah hafiz kau menang jugak dengan style serabai kau. haha

4 comments: