Monday, January 16, 2012

kisah bermulanya azan

entry pada kali ini ialah mengenai kisah bagaimana bermulanya azan yang pertama berkumandang di dunia ini.


Akhirnya berdirilah sebuah masjid lalu dinamakan Masjid Nabi. Di situ mereka bersembahyang berjemaah. Di situ juga baginda bermesyuarat dengan para sahahabatnya. Apabila masuk waktu sembahyang, timbul masalah bagaimana hendak memberitahu orang ramai.

Ada cadangan menggunakan trompet bagi memanggil orang ramai datang sembahyang berjemaah di masjid namun cara itu dibantah kerana meniru cara orang Yahudi. Cadangan membunyikan loceng itu pun tidak dipersetujui.

Akhirnya, datang Abdullah bin Zad bin Tsa'labah lalu berkata, "wahai Rasulullah, malam tadi saya bermimpi seorang lelaki berjalan mengelilingi saya. Dia memakai pakain hijau dan membawa loceng. Saya bertanya apakah loceng itu hendak dijual? Lelaki itu bertanya pula.Awak hendak gunakan ia untuk apa? Mahu memanggil orang ramai sembahyang berjemaaah, jawab saya. Lelaki itu bertanya lagi. Mahukah saya tunjukkan cara yang lebih baik? Lalu lelaki itu mengajar saya begini. Allahu Akbar Allahu Akbar, Asyhadu an la ilaha illallah, Asyahadu anna muhamadar Rasulullah, Haiya alas solah, Haiya alal Falah Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah."

Rasulullah pun berkata "itu mimpi yang benar. Datangi Bilal, beritau hal itu dan suruh dia mengumandangkan azan dengan kalimat-kalimat itu kerana suaranya lebih nyaring daripada suaramu."

Apabila Umar bin al-Kjattab mendengar suara azan daripada Bilal, beliau segera menemui Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, malam tadi saya bermimpi seperti yang saya dengar itu."

Nabi Muhammad mengucapkan alhamdulillah. Sejak itu Bilal menjadi muazin di Masjid Nabi. Apabila azan sembahyang subuh, Bilal menambah kalimah As solatu khairum Minan naum sebanyak dua kali dan Nabi Muhammad membenarkannya. Sejak itu berkumandanglah suara Bilal setiap kali masuknya waktu sembahyang umat Islam di Madinah dan syariat Islam itu berkekalan sehingga hari ini.

kesimpulannya di sini, saya hendak mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk sama2 segera menunaikan solat setelah masuknya waktu azan. wallahualam.

No comments:

Post a Comment