Sunday, February 12, 2012

Mandi manda di Air Terjun Sungai Tekala



selepas selesai aku bekerja. tiba-tiba aku dapat mesej daripada number yang aku tak kenali yang berbunyi "woi, jom gerak Sg Tekala?" sejurus aku baca mesej tu secara automatiknya aku membalas "Yes" sebab aku dah boleh agak dah mesti Zharfan. Sebab aku sememangnya amat mengidam nak mandi manda di Sungai Tekala. Kali terakhir aku pergi waktu Form 2. Kitorang berkumpul di rumah Hasbi sebelum bergerak. Untuk memastikan suasana lebih meriah Zharfan bg cadangan ajak Kamarul sekali. Tapi damn bila sampai rumah dia takde. Celaka perangai. buat penat aku naik sampai tingkat lapan sebab lift rosak. Kami bertiga membonceng ke rumah Man tapi hasilnya tetap sama.

sinaran terik matahari memang menguji iman aku ketika aku membonceng motosikal, kami bergerak terus ke rumah Syukri dan memulakan konvoi ke Sungai Tekala. Kali ni aku bawak motor Nouvo sebab motor superbike aku mengada-ngada sikit. menyampah aku. Ketika dalam perjalanan, Akulah yang bawak paling lembab sekali sebab aku teringat pesanan mak aku sebelum pergi supaya jangan bawak motor laju2. Terpaksalah aku makan asap motor kawan2 aku. Nokharrrom! 

Setelah sampai aku terasa lapar yang teramat seperti mangsa kebuluran.Aku terus beli burger untuk makan lepas mandi nanti. lagi sedap bila makan dalam keadaan yang kebulur nak mampus. Charge yang dikenakan untuk masuk ialah RM 1 SAHAJA! murah kan? Aku nak bagi tips kalau nak mandi air terjun  korang cari lah tempat yang paling tinggi sikit sebab kalau korang mandi kat bawah nanti bila orang atas kencing or berak ke tiba-tiba korang terjumpa or tertelan najis waktu syok kau bermandi-manda kat bawah. sapa tau kan? 
So, kitorang pun decide nak mandi dekat kawasan atas Air terjun tapi memang tercungap-cungap lah nak daki bukit ke atas. 

Sumpah berbaloi bila dah kitorang dah jumpa tempat terbaik tu, apa lagi terus terjun lah bhai. Air memang deras gila dan sejuk. Aku tak reti berenang kalau aku berenang pun mcm kapal selam yang sentiasa di dasar.Memang aku fail berenang even kawan aku dah ajar berpuluh2 kali. Nokharrom!  penat aku bercerita, biar gambar pulak yang bertugas menerangkan kepada korang.
kawasan ni lah yang paling dalam sekali. kalau tenggelam memang tak timbul2 terus. Aku tak berani nak main kawasan ni
sebab masih sayang nyawa lagi. haha
Air mengalir dengan deras dan rasa sejuk gila
lawa pemandangan kat sini.Udara kat sini memang nyaman.
memang tempat ni sesuai nak enjoy the nature.






Froggy ni tiba-tiba muncul setelah sama-sama mandi manda.
Aku geram pulak tengok katak ni, kalau gua bedah2 katak ni best jugak!

Zharfan
ready to jump into the water!
gua memang seronok lah cakap lu.



Sunday, January 29, 2012

my driving experience of long journey.

semalam aku cuba untuk mencabar keberanian aku untuk drive from kajang to sabak bernam yang ambik masa lebih kurang 2 jam setengah masa perjalanan. actually, yang tu lah first time aku drive jauh2 ni. sebelum ni paling 
jauh aku drive pun sampai serdang yang tu pun aku boleh sesat walaupun dah beratus2 kali aku jadi penumpang lalu jalan nak pergi serdang sebab aku ni kalau naik kereta aku terus tidor, tak pun aku berkhayal memerhatikan 
keindahan ciptaan Allah. haha

aku balik kampung sebenarnya nak hantar balik nenek aku sebab nak amik sumbangan kerajaan yang Rm 500 tu. lagipun nenek aku dah rindu dekat kampung. So, sebagai cucu yang pernah dibela oleh nenek aku waktu aku kecik2 dulu, aku beranikan diri drive balik kampung tapi dengan mak dan kakak aku lah sebab bapak aku kerja. lagipun macam aku cakap tadi aku bukan ingat sangat jalan, kalau jalan nak sesat tu aku expert la. haha.

with the guide and reminder from my sister and mother, aku berjaya jugak sampai kat kampung aku sabak bernam yang bersempadan dengan perak tu. Alhamdulillah takde accident dan kemalangan jiwa berlaku. mana tak nya aku bawak pun slow je, 80-90km/h paling laju. hampeh. haha. tapi kira okay lah tu remaja yang baru dapat lesen L. I REPEAT LESEN L. kalau korang nak tau orang yang ada lesen L ni sepatutnya tak boleh drive kalau takde instructor ataupun guru memandu. tapi apa aku kesah kan. haha. padahal aku cuak gak bila terserempak dengan polis yang tengah buat road block dekat jalan kat Kuala Selangor tapi aku buat muka bapak orang dengan selambanya aku senyum dekat pak polisi itu. aku lepas sebab polis tu pun ingat aku ni bapak orang yang hensem. haha.

bila dah sampai destinasi, aku pun tinggalkan mak dan kakak aku kat rumah nenek sebab dorang nak rehat. kemudian, aku dan cousin aku hafiz temankan nenek ambik duit dekat Bagan Nakhoda Omar dekat dengan pantai. cool gila. lepas dah ambik duit nenek aku nak belanja makan mee udang special dekat restoran tepi pantai tu. Mee udang kat situ sumpah sedap, suasana dia pun best dengan angin yang sepoi2 bahasa diikuti dengan bunyi paluan ombak yang menenangkan. mana nak dapat kat kajang. haha. terbaik

lepas dah melantak, kitorang pun chow balik rumah nenek. I met all my uncles and aunties. tapi dorang tak percaya dan terkejut yang aku ni rupanya dah habis spm. ada ke diorang ingat aku baru dalam lingkungan tingkatan 1-3. aku tau lah muka aku nampak muda. nak tau rahsianya? shave lah misai dan janggut selalu. haha.

lepas sembang dan solat jamak, aku dan family pun chow dari kampung sebab esoknya ada urusan kerja. aku jugak yang kene drive tapi nasib baik ada highway baru nama nya LATAR jimat lah masa sikit. bila balik gua layan AJL. tahniah hafiz kau menang jugak dengan style serabai kau. haha

Monday, January 16, 2012

kisah bermulanya azan

entry pada kali ini ialah mengenai kisah bagaimana bermulanya azan yang pertama berkumandang di dunia ini.


Akhirnya berdirilah sebuah masjid lalu dinamakan Masjid Nabi. Di situ mereka bersembahyang berjemaah. Di situ juga baginda bermesyuarat dengan para sahahabatnya. Apabila masuk waktu sembahyang, timbul masalah bagaimana hendak memberitahu orang ramai.

Ada cadangan menggunakan trompet bagi memanggil orang ramai datang sembahyang berjemaah di masjid namun cara itu dibantah kerana meniru cara orang Yahudi. Cadangan membunyikan loceng itu pun tidak dipersetujui.

Akhirnya, datang Abdullah bin Zad bin Tsa'labah lalu berkata, "wahai Rasulullah, malam tadi saya bermimpi seorang lelaki berjalan mengelilingi saya. Dia memakai pakain hijau dan membawa loceng. Saya bertanya apakah loceng itu hendak dijual? Lelaki itu bertanya pula.Awak hendak gunakan ia untuk apa? Mahu memanggil orang ramai sembahyang berjemaaah, jawab saya. Lelaki itu bertanya lagi. Mahukah saya tunjukkan cara yang lebih baik? Lalu lelaki itu mengajar saya begini. Allahu Akbar Allahu Akbar, Asyhadu an la ilaha illallah, Asyahadu anna muhamadar Rasulullah, Haiya alas solah, Haiya alal Falah Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah."

Rasulullah pun berkata "itu mimpi yang benar. Datangi Bilal, beritau hal itu dan suruh dia mengumandangkan azan dengan kalimat-kalimat itu kerana suaranya lebih nyaring daripada suaramu."

Apabila Umar bin al-Kjattab mendengar suara azan daripada Bilal, beliau segera menemui Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, malam tadi saya bermimpi seperti yang saya dengar itu."

Nabi Muhammad mengucapkan alhamdulillah. Sejak itu Bilal menjadi muazin di Masjid Nabi. Apabila azan sembahyang subuh, Bilal menambah kalimah As solatu khairum Minan naum sebanyak dua kali dan Nabi Muhammad membenarkannya. Sejak itu berkumandanglah suara Bilal setiap kali masuknya waktu sembahyang umat Islam di Madinah dan syariat Islam itu berkekalan sehingga hari ini.

kesimpulannya di sini, saya hendak mengajak diri saya sendiri dan anda semua untuk sama2 segera menunaikan solat setelah masuknya waktu azan. wallahualam.

Friday, January 13, 2012

header baru

selamat bertemu kembali alhamdulillah aku masih dikurniakan akal yang cerdas dan badan cergas untuk aku membuat entry pada kali ini.
apa yang aku nak beritahu kepada anda ialah saya baru sahaja membuat beberapa pembaharuan di blog saya dengan menambah gambar header yang baru. header itu mempunyai unsur yang agak bajet sedikit.
takpe lah, hidup kita ini sebenarnya tidak perlu hendak control ayu dan hensem sangat. kadang-kadang kita
kena jujur menunjukkan identiti sendiri dan berhenti menipu dengan identiti diri yang palsu.puih2.haha. 
aku jugak telah menukar title blog yang lebih market sikit. title yang lama tu (SIAPA AKU) sebenarnya aku main bubuh je. haha. aku menggunakan tajuk IRBOS PROPERTY sebab aku teringat waktu belajar seni waktu form2 dulu, cikgu Khamsiah yang disayangi ada memberikan aku tugasan untuk mencipta satu jenama dan nama restoran yang menarik. Kemudian design reka bentuk dan logo yang dapat menarik pelanggan datang ke restoran anda. banyak nama jugak aku pikir antaranya pak jingseng, warong niyang rapik, ali bedah dan sebagainya. akhir sekali, keputusan yang aku buat ialah dengan menterbalikkan nama aku sendiri sobri menjadi irbos. boleh blah jugak nama tu. sempena dengan kejayaan itu (kejayaan lah sangat) aku memilih nama IRBOS sebagai tajuk blog aku. cilake.haha

aku pilih PROPERT sebab waktu aku tengah usha2 scholarship offer ada satu syarikat ni yang menarik perhatian aku untuk menciplak nama syarikat dia iaitu SIME DARBY PROPERTY. 
sekian daripada saya hamba yang tidak sempurna.