Sunday, February 12, 2012

Mandi manda di Air Terjun Sungai Tekala



selepas selesai aku bekerja. tiba-tiba aku dapat mesej daripada number yang aku tak kenali yang berbunyi "woi, jom gerak Sg Tekala?" sejurus aku baca mesej tu secara automatiknya aku membalas "Yes" sebab aku dah boleh agak dah mesti Zharfan. Sebab aku sememangnya amat mengidam nak mandi manda di Sungai Tekala. Kali terakhir aku pergi waktu Form 2. Kitorang berkumpul di rumah Hasbi sebelum bergerak. Untuk memastikan suasana lebih meriah Zharfan bg cadangan ajak Kamarul sekali. Tapi damn bila sampai rumah dia takde. Celaka perangai. buat penat aku naik sampai tingkat lapan sebab lift rosak. Kami bertiga membonceng ke rumah Man tapi hasilnya tetap sama.

sinaran terik matahari memang menguji iman aku ketika aku membonceng motosikal, kami bergerak terus ke rumah Syukri dan memulakan konvoi ke Sungai Tekala. Kali ni aku bawak motor Nouvo sebab motor superbike aku mengada-ngada sikit. menyampah aku. Ketika dalam perjalanan, Akulah yang bawak paling lembab sekali sebab aku teringat pesanan mak aku sebelum pergi supaya jangan bawak motor laju2. Terpaksalah aku makan asap motor kawan2 aku. Nokharrrom! 

Setelah sampai aku terasa lapar yang teramat seperti mangsa kebuluran.Aku terus beli burger untuk makan lepas mandi nanti. lagi sedap bila makan dalam keadaan yang kebulur nak mampus. Charge yang dikenakan untuk masuk ialah RM 1 SAHAJA! murah kan? Aku nak bagi tips kalau nak mandi air terjun  korang cari lah tempat yang paling tinggi sikit sebab kalau korang mandi kat bawah nanti bila orang atas kencing or berak ke tiba-tiba korang terjumpa or tertelan najis waktu syok kau bermandi-manda kat bawah. sapa tau kan? 
So, kitorang pun decide nak mandi dekat kawasan atas Air terjun tapi memang tercungap-cungap lah nak daki bukit ke atas. 

Sumpah berbaloi bila dah kitorang dah jumpa tempat terbaik tu, apa lagi terus terjun lah bhai. Air memang deras gila dan sejuk. Aku tak reti berenang kalau aku berenang pun mcm kapal selam yang sentiasa di dasar.Memang aku fail berenang even kawan aku dah ajar berpuluh2 kali. Nokharrom!  penat aku bercerita, biar gambar pulak yang bertugas menerangkan kepada korang.
kawasan ni lah yang paling dalam sekali. kalau tenggelam memang tak timbul2 terus. Aku tak berani nak main kawasan ni
sebab masih sayang nyawa lagi. haha
Air mengalir dengan deras dan rasa sejuk gila
lawa pemandangan kat sini.Udara kat sini memang nyaman.
memang tempat ni sesuai nak enjoy the nature.






Froggy ni tiba-tiba muncul setelah sama-sama mandi manda.
Aku geram pulak tengok katak ni, kalau gua bedah2 katak ni best jugak!

Zharfan
ready to jump into the water!
gua memang seronok lah cakap lu.