Saturday, January 7, 2012

mustafa kamal ataturk yang dilaknat ALLAH

                                             
assalamualaikum dan salam sejahtera. pada entry kali ini aku nak berkongsi tentang sedikit informasi berkenaan seorang yang boleh dikatakan pengkhianat kepada agama Islam dan merupakan orang yang bertanggungjawab menggulingkan kerajaan uthmaniah ini. tujuan aku nak bercerita mengenai manusia yang jenazahnya tidak diterima bumi ini supaya dapat dijadikan sempadan dan iktibar oleh kita semua. 

pada awalnya, mustafa kamal attartuk ini dipercayai berketurunan Yahudi Danumah, iaitu golongan yahudi yang berasal dari sepanyol yang tinggal di turki. golongan yahudi danumah ini sebenarnya merupakan golongan yahudi yang berpura2 memeluk Islam untuk mendapatkan keistimewaan, pangkat dan kepercayaan daripada golongan pemerintah sedangkan mereka taat dan masih berpegang dengan agama asal mereka iaitu yahudi. jadi tidak hairanlah mengapa si pengkhianat ini sanggup menggulingkan kerajaan islam yang pernah dipimpin oleh sultan yang berjaya menakluk kota konstantinople iaitu sultan muhammad al fateh dan sanggup menjalankan dasar-dasarnya yang bertentangan dengan Islam apabila berjaya menggulingkan sistem khalifah di turki kerana darah keturunan yahudi mengalir deras dalam dirinya.

terdapat banyak kemungkaran yang telah dilakukannya sepanjang kehidupan si pengkhianat ini. 
antaranya termasuklah mengarahkan tentera dan rakyatnya menggantikan assalamualaikum dengan salam sejahtera dalam bahasa turki.
dia juga turut mendalangi pembunuhan ulama2 dan ahli agama islam di Turki dan menukarkan azan dalam bahasa Arab ke dalam bahasa turki.
menghapuskan sekolah-sekolah agama di turki dan digantikan dengan sekolah-sekolah yang sekular.
memansuhkan perkataan-perkataan arab dalam bahasa turki.
mengharamkan pemakaian secara islam seperti berhijab dan bertudung bagi kaum wanita dan berserban bagi kaum lelaki wanita digalakkan untuk memakai pakaian yang mengikut fesyen ala barat yang mendedahkan aurat mereka manakala bagi kau lelaki hendaklah memakai topi koboi.
dia juga menghalalkan apa jua cara seperti fitnah dan menipu dan merompak demi mencapai matlamat politiknya dan banyak lagi kemungakaran yang telah dilakukannya. 

disebabkan banyak kemungkaran  yang dilakukan oleh pemimpin islam yang dilaknat ini. dia ditimpa azab siksa yang pedih sewaktu saat-saat akhir kehidupannya.ALLAH telah menimpakan azab yang pedih terhadap dirinya atas segala kemungkaran sehingga mencabar kuasa ALLAH yang maha ehsa.  kalau nak tahu cerita lebih lanjut mengenai si laknatullah ni. sila lah beli novel sejarah islam yang dikaji dan dikarang oleh Abdul Latip terbitan PTS publication. harga dia tak mahal dan mampu dimiliki sekiranya anda menjimatkan wang makan tengahari anda selama 5 hari iaitu RM 25.00 sahaja. 

aku baru baca suku je. tak banyak yang boleh cerita. haha.