Assalamualaikum, As we already know that the 13th PRU which is Pilihan Raya Umum
is just around the corner. I would to express my opinions and feelings on this scenario. I believe that there are pros and cons of this every four years event. I would like to highlight on the cons of this controversial event to our country and citizens of Malaysia. I am as a Malaysian and as a student feel disappointed with politic environment in Malaysia because I find out that everyone is blaming and accusing each other in order to maintain their power and popularity. They also create a new problem and not to solve a problem that citizens are facing. We do not want to waste our precious time to hear your quarrels and dramas. Stop accusing each other and let's find solutions for every problems together. let's forgive and do not forget the mistakes that you make but make the mistakes as lesson that can be apply as guides of ruling Malaysia. Do not break the strong bond between races in this country because of your own political significant. We do not want to be dumb by the leader that we chose give us light to our darkness. Stop exposing the lacks of each other because we can't run from mistakes and wrongs in reality but we can fixed the lacks and improve each other. Please remember that the main objective politics exist in this world is to help people. I love to live in Malaysia but I'm sick with its stinky politic environment and I begged to the leaders to change and improve it to a more fragnance smell. We believe that you can do it by starting your first step to leave your bad attitudes and move towards the deeds. InsyaAllah. No barriers that can stop us from success if we are really working toward it. Government and Opposition are friends!
Thursday, February 16, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Hasil Kitar Semula yang Paling Tinggi
Hari ini aku cuti. So, aku hendak mengisi masa lapang aku dengan buat sesuatu yang berfaedah dan menguntungkan. Sejak belakangan ni, aku dah takde keupayaan untuk tidur sampai tengah hari macam mula-mula aku cuti lepas habis sekolah dulu.Padahal, waktu sekolah dulu aku beria-ia tidur dalam kelas sejarah, kelas agama dan kelas Bahasa Inggeris. Aku tak berani nak tidur waktu subjek yang "hardcore" sebab aku akan rasa terpinga-pinga dan rasa ketinggalan yang maksimum sehingga rasa nak bunuh diri.
Cara aku tidur memang terbaik dan tak mudah dihidu dan dikesan oleh cikgu-cikgu sebab aku mengamalkan teknik "lakonan" sewaktu tidur. Nanti aku explain apa itu teknik "lakonan". Sekarang ni aku nak sambung balik cerita berkenaan tajuk yang macam nak bagus ni. Hari ini aku dapat hasil kutipan yang lumayan daripada hasil barangan terbuang seperti suratkhabar dan tin-tin minuman yang aku kumpul yang berjumlah RM 102. banyak kan? bagi aku banyak lah sebab aku kan still remaja dan belum bekerjaya. lagipun kerja bukannya susah sangat sebab aku hanya perlu asingkan barang2 yang boleh dikitar semula dan simpan sehingga bersedia untuk dijual. Cukup masa jual lah dekat pusat kitar semula. Its easy as abc and worth!
Selain itu, Aku jugak telah berjaya mengurangkan pencemaran Alam.kan bagus? kita hidup di planet bumi ni janganlah asyik nak buat kerosakan dan kemungkaran sangat sebab bukan kita je nak duduk dekat bumi ni. kita berkongsi kehidupan dengan binatang2 yang perlukan habitat yang bersih dan selesa. Pesanan dari aku yang mencintai alam sekitar. hidup hidup alam sekitar!
okay, aku nak terangkan bagaimana teknik 'lakonan" yang digunakan aku sewaktu tidur lena dalam kelas.
Cara pertama, Aku pegang pensil sambil pandangan kepala tepat ke arah buku seolah-olah seperti sedang tekun membuat nota. Jangan sesekali mengangakan mulut ketika tidur dan jangan sekali letakkan kepala di atas meja. nanti kantoi.
cara kedua, sama seperti cara pertama.
cara ketiga, sama seperti cara kedua.
cara ketiga sama seperti cara kedua.
cara keempat lain sikit sebab kena buat ketiga cara-cara di atas.
mesti korang bengang kan? -,- jkjk.
Sunday, February 12, 2012
Mandi manda di Air Terjun Sungai Tekala

selepas selesai aku bekerja. tiba-tiba aku dapat mesej daripada number yang aku tak kenali yang berbunyi "woi, jom gerak Sg Tekala?" sejurus aku baca mesej tu secara automatiknya aku membalas "Yes" sebab aku dah boleh agak dah mesti Zharfan. Sebab aku sememangnya amat mengidam nak mandi manda di Sungai Tekala. Kali terakhir aku pergi waktu Form 2. Kitorang berkumpul di rumah Hasbi sebelum bergerak. Untuk memastikan suasana lebih meriah Zharfan bg cadangan ajak Kamarul sekali. Tapi damn bila sampai rumah dia takde. Celaka perangai. buat penat aku naik sampai tingkat lapan sebab lift rosak. Kami bertiga membonceng ke rumah Man tapi hasilnya tetap sama.
sinaran terik matahari memang menguji iman aku ketika aku membonceng motosikal, kami bergerak terus ke rumah Syukri dan memulakan konvoi ke Sungai Tekala. Kali ni aku bawak motor Nouvo sebab motor superbike aku mengada-ngada sikit. menyampah aku. Ketika dalam perjalanan, Akulah yang bawak paling lembab sekali sebab aku teringat pesanan mak aku sebelum pergi supaya jangan bawak motor laju2. Terpaksalah aku makan asap motor kawan2 aku. Nokharrrom!

So, kitorang pun decide nak mandi dekat kawasan atas Air terjun tapi memang tercungap-cungap lah nak daki bukit ke atas.
Sumpah berbaloi bila dah kitorang dah jumpa tempat terbaik tu, apa lagi terus terjun lah bhai. Air memang deras gila dan sejuk. Aku tak reti berenang kalau aku berenang pun mcm kapal selam yang sentiasa di dasar.Memang aku fail berenang even kawan aku dah ajar berpuluh2 kali. Nokharrom! penat aku bercerita, biar gambar pulak yang bertugas menerangkan kepada korang.
![]() |
kawasan ni lah yang paling dalam sekali. kalau tenggelam memang tak timbul2 terus. Aku tak berani nak main kawasan ni sebab masih sayang nyawa lagi. haha |
![]() |
Air mengalir dengan deras dan rasa sejuk gila |
![]() |
lawa pemandangan kat sini.Udara kat sini memang nyaman. memang tempat ni sesuai nak enjoy the nature. |
![]() |
Froggy ni tiba-tiba muncul setelah sama-sama mandi manda. Aku geram pulak tengok katak ni, kalau gua bedah2 katak ni best jugak! |
![]() |
Zharfan |
![]() |
ready to jump into the water! |
![]() |
gua memang seronok lah cakap lu. |
Sunday, January 29, 2012
my driving experience of long journey.
semalam aku cuba untuk mencabar keberanian aku untuk drive from kajang to sabak bernam yang ambik masa lebih kurang 2 jam setengah masa perjalanan. actually, yang tu lah first time aku drive jauh2 ni. sebelum ni paling
jauh aku drive pun sampai serdang yang tu pun aku boleh sesat walaupun dah beratus2 kali aku jadi penumpang lalu jalan nak pergi serdang sebab aku ni kalau naik kereta aku terus tidor, tak pun aku berkhayal memerhatikan
keindahan ciptaan Allah. haha
aku balik kampung sebenarnya nak hantar balik nenek aku sebab nak amik sumbangan kerajaan yang Rm 500 tu. lagipun nenek aku dah rindu dekat kampung. So, sebagai cucu yang pernah dibela oleh nenek aku waktu aku kecik2 dulu, aku beranikan diri drive balik kampung tapi dengan mak dan kakak aku lah sebab bapak aku kerja. lagipun macam aku cakap tadi aku bukan ingat sangat jalan, kalau jalan nak sesat tu aku expert la. haha.
with the guide and reminder from my sister and mother, aku berjaya jugak sampai kat kampung aku sabak bernam yang bersempadan dengan perak tu. Alhamdulillah takde accident dan kemalangan jiwa berlaku. mana tak nya aku bawak pun slow je, 80-90km/h paling laju. hampeh. haha. tapi kira okay lah tu remaja yang baru dapat lesen L. I REPEAT LESEN L. kalau korang nak tau orang yang ada lesen L ni sepatutnya tak boleh drive kalau takde instructor ataupun guru memandu. tapi apa aku kesah kan. haha. padahal aku cuak gak bila terserempak dengan polis yang tengah buat road block dekat jalan kat Kuala Selangor tapi aku buat muka bapak orang dengan selambanya aku senyum dekat pak polisi itu. aku lepas sebab polis tu pun ingat aku ni bapak orang yang hensem. haha.
bila dah sampai destinasi, aku pun tinggalkan mak dan kakak aku kat rumah nenek sebab dorang nak rehat. kemudian, aku dan cousin aku hafiz temankan nenek ambik duit dekat Bagan Nakhoda Omar dekat dengan pantai. cool gila. lepas dah ambik duit nenek aku nak belanja makan mee udang special dekat restoran tepi pantai tu. Mee udang kat situ sumpah sedap, suasana dia pun best dengan angin yang sepoi2 bahasa diikuti dengan bunyi paluan ombak yang menenangkan. mana nak dapat kat kajang. haha. terbaik
lepas dah melantak, kitorang pun chow balik rumah nenek. I met all my uncles and aunties. tapi dorang tak percaya dan terkejut yang aku ni rupanya dah habis spm. ada ke diorang ingat aku baru dalam lingkungan tingkatan 1-3. aku tau lah muka aku nampak muda. nak tau rahsianya? shave lah misai dan janggut selalu. haha.
lepas sembang dan solat jamak, aku dan family pun chow dari kampung sebab esoknya ada urusan kerja. aku jugak yang kene drive tapi nasib baik ada highway baru nama nya LATAR jimat lah masa sikit. bila balik gua layan AJL. tahniah hafiz kau menang jugak dengan style serabai kau. haha
Subscribe to:
Posts (Atom)